<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:





Lilypie Baby Ticker
Tuesday, February 26, 2008
After a long time

It's more than a year after my last entry. Glad this blog still exist. I tough blogdrive have purge it. Actually I have new blog, feel free to visit http://kufikirkurasa.blogs.friendster.com/aku_si_mumtahanah/. But still i'm not updating it very often. It's easier for me to do everything under 1 web. Checking message, blogging, keep in touch with friends and make new friends. So.. see you there....

Posted at 12:56 pm by adahkimin
Make a comment  

Thursday, November 30, 2006
Happy Birthday My Little Princess

Firstly I want to apologize to my doter sbb lambat buat special birthday entry nih for her. Even though she’s not reading my blog and not even knows how to spell, but the guilty feeling is still there.  

Actually birthday Izzah on 29th, but me and hubby quite busy this week. So we have to celebrate Izzahs' birthday on 28th after work. Just Hubby, Me, Izzah, MIL and bibik. Last year just wish jer n x de potong2 kek sbb Izzah pun x tau lagi apa itu kek on that time. This year I bought special and cute cake for her. Nampak je kek trus nak potong. Terpaksa hold her a few times sbb camera lom ready. And Izzah like chocolate cake very much.

Present? We had planned to buy bicycle since Izzah small. Tapi nak tunggu dia besar dulu. So we thought that bicycle is the best present utk Izzah tahun nih.  MIL pun ada cakap Izzah berebut nak naik basikal cousin dia masa gi rumah SIL.

So, on Saturday hubby and I dah pergi2 survey cute bicycle for her. And I thought biar dulu, on Wednesday baru beli and plan nak taruk reben besar n kad tulis Happy Birthday Izzah. Then bila balik rumah on Saturday tuh MIL x ada. Maghrib baru MIL balik, and when I turun bawah with Izzah, Izzah pun jerit chikal.. ooohhh no.. MIL dah belikan Izzah bicycle. So habis our plan blew away. But still thank you to MIL sebab bagi Izzah basikal.

Yesterday birthday Izzah yang ke 2. Regret jugak sebab me and hubby busy. Hubby had to worked till late night. No present from us to her because we still cannot figure out the best present or something yg Izzah wanted so much. Maybe late present kot. Just a wish for her. Insyaallah tahun depan bila Izzah lebih mengerti, ummi akan buat proper besday celebration untuk Izzah. That time kalau abah busy lagi kita buat duaorg jer.. okeh..

Ummi wish semoga hidup anak ummi sentiasa ceria, bahagia, dan penuh berkat. Dilindungi Allah setiap masa dan semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat. Izzah telah menyerikan hidup ummi dan abah and Izzah memang anak yang baik since dalam perut ummi lagi. We love you sooo much.

Posted at 05:51 pm by adahkimin
Comment (1)  

Thursday, November 09, 2006
Kita dan Pengutip Sampah

Satu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, waktu kebiasaan lori sampah mengutip sampah2.  Kereta kami terberhenti di belakang lori sampah kerana jalan yg sekadar muat2 je. Then seorg pekerja menahan kereta dr arah bertentangan supaya kereta kami boleh lalu.


Baiknya hati pakcik tuh. Dihadapan kereta kami terberhenti semula sbb trafic light. Pakcik td muncul kembali dgn wajah yang bersungguh2.
 

”Rajin betul pakcik nih, bersungguh2-sungguh betul dia buat kerja”

walaupun bekerja sebagai pengutip sampah, kerja yang kebanyakan dari kita tak nak buat. Tapi pakcik tadi bukan sahaja sekadar bekerja, tapi bekerja bersungguh-sungguh. Kekadang kita tak ambil kesah pun tentang org2 yang berkerja sebagai pemungut sampah, tukang sapu atau pencuci tandas nih. Tapi seharusnya kita sedar, tugas mereka tetap memberi impak positif pada kita. Mereka melalukan kerja yang kotor supaya kita tidak kotor. Mereka sanggup bersusah menahan bau supaya kita merasa selesa. Bayangkan saat kita tak sanggup mencium bau sampah dari lori mereka, mereka pula berada didalam lori tersebut.

 
Seharusnya ucapan terima kasih yang harus kita berkan.. bukan pandangan hina kepada meraka. Walaupun gaji mereka tidak beribu, tapi sumbangan mereka tidak kurang hebatnya dengan mereka2 yang berjawatan tinggi.

 
Tapi, seharusnya sistem pengurusan sampah di negara kita perlu di angkat ke satu tahap yang lebih baik. Supaya pengurusannya lebih mudah, dan persekitaran lebih bersih. Aku amat berharap satu hari nnt tak ada lagi lori sampah yang busuk dan tak akan ada lagi longgokan sampah yang menyakitkan mata ditepi-tepi jalan. Itu barulah mencerminkan sifat islam kita.. bersih..

 

Posted at 11:32 am by adahkimin
Make a comment  

Tuesday, November 07, 2006
Rasa.. fikir.. tentukan..

Pernah kah terasa yg anda seorg yang gagal. Melihat rakan-rakan di sekitar anda mempunyai kerjaya yang hebat, pendapatan yang lumayan, hidup yang selesa… anda terasa diri kerdil.. Anda bayangkan alangkah indah nya jika hidup ku begitu..

Pernahkan anda terasa betapa sedihnya dan tertekannya hidup yang anda lalui.. anda kecewa bila perjalanan hidup anda tak seperti apa anda impikan..

Pernahkan anda terasa marah dan kecewa.. bila anda yang bijak pandai hanya sekadar pekerja biasa..

Pernahkan anda terasa lemas memikirkan kehidupan yang menyesakkan..

Pernahkan anda menangis memikirkan masa depan anak anda..

Tapi... pernahkah terfikir... jika semua itu anda miliki, masih cukupkah.. atau anda akan tetap meminta untuk lebih.. anda tidak pernah merasa cukup..

Terfikirkah anda.. untuk apa ujian itu di berikan.. anda disayangi atau anda bernasib malang

Terfikirkan mengapa itu kerja yang anda lakukan.. tahukan anda, kerjaya anda ada manfaatnya pada anda dan orang lain..

Apakah hikmahnya anda melalui hidup yang sukar, apa yang lebih anda pandang.. kesenangan didunia semata atau akhirat yang lebih utama...

Sesungguhnya anda yang menentukan apa yang anda ingin fikir, anda tentukan apa yang anda ingin rasa, anda tentukan apa yang anda ingin perbuat..

 
Al-Ankabut : 2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

 
Al-Baqarah: 186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

 
Al-Baqarah: 286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

 

Posted at 06:37 pm by adahkimin
Make a comment  

Next Page